Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 November 2010. Surau Taman Saraya telah mengatur beberapa program pengisian Hari Raya Aidiladha bermula dengan takbir hari raya pada malam menjelang hari raya.

Solat Hari Raya Aidiladha telah diadakan pada jam 8.30 pagi, diikuti dengan ibadah qurban 4 ekor lembu. Daging lembu qurban telah diagihkan kepada fakir-miskin dan penduduk Islam Taman Saraya.

Majlis berakhir dengan solat Zohor dan makan tengahari di Surau.

Pihak AJK Surau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program Hari Raya Qurban.

KOLEKSI RAKAMAN VIDEO QURBAN BOLEH DIPEROLEHI DARI HJ ABU BAKAR ISMAIL (H/P 019-6478180) DENGAN HARGA RM5.OO SATU.


Khutbah Raya Disampaikan oleh Imam Hj Abd Rahman Palalai


Bermesra selepas Menunaikan Solat Aidiladha


Tangan dihulur, lupakan sengketa lama


Pendaftaran Majlis Qurban


Hj. Yahya Aripin - Ketua Operasi Qurban


Kerja Merebahkan Lembu


























Saturday, November 6, 2010

Tulisan Zulkifli Nordin Patut Direnungi

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..

Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian? Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini.

Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!

Thursday, November 4, 2010

PROGRAM HARI RAYA QURBAN

SURAU TAMAN SARAYA
Jalan Bunga Tanjung 21, Taman Saraya, Ampang, 56100 Kuala Lumpur


MAKLUMAN KEPADA AHLI KARIAH - PROGRAM HARI RAYA AIDILADHA 17 NOVEMBER 2010

Assalamulaikum w.b.t.

Sempena Hari Raya Aidiladha, Surau Taman Saraya ingin memaklumkan bahawa :-

1. Ibadah Qurban

1.1 Surau Taman Saraya masih menerima permohonan untuk menyertai Ibadah Qurban dari orang ramai. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 380.00 bagi satu bahagian. Sila berhubung dengan :-

Pengerusi (H/P 012-3728322), atau
Bendahari (H/P 019-2785047), atau
Setiausaha (H/P 019-3288457)
untuk mendaftar. Penerimaan permohonan tertakluk kepada cukup genap 7 bahagian qurban.

1.2 Kerja-kerja penyembelihan, melapah dan membahagikan daging qurban akan bermula pada jam 10.00 pagi, selepas solat Aidiladha. Tuan/Puan dijemput hadir membantu kerja-kerja tersebut dengan membawa peralatan yang bersesuaian seperti pisau, parang dan kapak.

1.3 Pengagihan daging qurban akan dibuat menggunakan kupon yang akan diberikan kepada ketua keluarga yang hadir.

2. Takbir Malam Raya

2.1 Takbir Raya akan diadakan pada malam raya di Surau selepas solat Maghrib. Semua ahli kariah dijemput hadir. Sumbangan makanan dan kuih-muih untuk jamuan selepas Takbir Malam Raya dari tuan/puan sangat dialu-alukan.

3. Solat Raya Qurban

3.1 Solat Raya akan diadakan di Surau pada jam 8.30 pagi. Semua muslimin/muslimat dijemput hadir.

Sekian, Terima kasih.



AJK Surau melawat Ladang Lembu Di Jalan Kebun, Kelang pada 5 November 2010 untuk memilih lembu yang akan dibeli





Di antara lembu yang ditempah

Tuesday, October 26, 2010

ADIK IPAR BLAIR PELUK ISLAM





LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi 26 OKTOBER 2010

Monday, October 11, 2010

Solat Hari Raya Aidilfitri di China 2010

Kami menerima kiriman foto Solat Raya Aidilfitri oleh saudara seagama kita di negeri China dari Sdr Aziz Jaafar.

MasyaAllah, tersentuh hati melihat kehebatan mereka serta kebesaram Allah Subhanahu Wataala.








Friday, October 8, 2010

Raya di Surau Taman Saraya



Surau Taman Saraya telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri pada 08 Oktober 2010. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib diikuti dengan Marhaban oleh Kumpulan Wanita Taman Saraya.

Seperti kebiasaannya, kanak-kanaklah yang paling gembira terutama bila mendapat duit raya. Pemberian duit raya disempurnakan oleh Penaung Surau, Datuk Mohamad Abdullah Mohaidin.

Acara kemuncak ialah menikmati juadah hari raya. Penduduk Taman Saraya telah bekerja-sama memasak dan menyumbangkan makanan untuk majlis malam itu.

Terima kasih di atas kerjasama anda sekelian.

Saturday, October 2, 2010

Bila Muslim Menjauhi Masjid & Ada Non Muslim Masuk Masjid

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

ما كان للمشركين أن يعمروا مساجد الله شاهدين على أنفسكم بالكفر أو لئك حبطت أعمالهم وفى النار هم خالدين أنما يعمرمساجد الله من ءامن بالله واليوم الأخر وأقام الصلوة وءاتىى الزكوة ولم يخش ألا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين : التوبه :17-18


Bukan layaknya bagi orang musyrikin untuk mengimarahkan masjid-masjid Allah, sedangkan mereka sendiri mengakui yang mereka kufur, mereka itu golongan yang sia-sia amalan (baik) mereka, di dalam neraka mereka akan kekal. Sesungguhnya golongan yang mengimarahkan masjid-masjid Allah adalah mereka yang beriman dengan Allah, dengan Hari Akhirat, mendirikan sembahyang, memberi zakat, mereka tidak sekali-kali takut kecuali kepada Allah, semoga mereka termasuk dalam golongan yang memperolihi pertunjuk

Wednesday, September 15, 2010

Takziah Kepada Keluarga Norhisham Mohammad

Seluruh ahli kariah Islam Taman Saraya mengucapkan Takziah kepada keluarga Norhisham Mohammad, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru yang dilaporkan "hilang" bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan dua orang lagi.

Norhisham adalah ahli kariah Taman Saraya yang tinggal di Jalan Bunga Dahlia. Ucapan takziah khas ditujukan kepada Isteri beliau, Puan Suzana Raden dan bapa mertua beliau, Radin Pangat Ishak dan anak-anak beliau. Semoga Allah memberikan mereka kekuatan dan ketabahan menghadapi sebarang kemungkinan.

Ahli-Ahli kariah Surau Taman Saraya dan Masjid Nurussadah Kg. Cheras Baru turut bersama-sama ahli-ahli keluarga beliau mengadakan bacaan Yasin dan tahlil di rumah beliau selama 3 hari mulai 12 September 2010.

Sunday, September 5, 2010

Majlis Khatam Al-Quran Surau Taman Saraya

Surau Taman Saraya telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada malam 27 Ramadan 1431H, bersamaan 5 September 2010. Majlis ini adalah bagi meraikan peserta-peserta Tadarus Al-Quran yang bersemangat membaca Al-Quran pada setiap malam di Surau Taman Saraya.

Penyertaan Tadarus Al-Quran pada bulan Ramadan ini amat menggalakkan. Seramai 15 peserta wanita, 16 peserta veteran dan 6 peserta pemuda mengambil bahagian.

Pihak Surau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program-program Ramadan pada tahun ini. Ucapan terima kasih khas kepada Ustaz Ahmadi Al-Hafiz dan Ustaz Azam Al-Hafiz dan Ustaz Kasfi yang mengimamkan Solat Tarawih. Terima kasih juga kepada semua barisan AJK yang bertugas dengan baik.








Thursday, September 2, 2010

Majlis Berbuka Puasa di Surau Taman Saraya












Surau Taman Saraya telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 29 Ogos 2010. Kehadiran ahli-ahli kariah untuk bersama-sama berbuka puasa sangat membanggakan. Surau Taman Saraya mengucapkan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang bermurah hati menjadi penaja kepada majlis berbuka puasa tersebut.