Tuesday, October 26, 2010

ADIK IPAR BLAIR PELUK ISLAM





LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi 26 OKTOBER 2010

Monday, October 11, 2010

Solat Hari Raya Aidilfitri di China 2010

Kami menerima kiriman foto Solat Raya Aidilfitri oleh saudara seagama kita di negeri China dari Sdr Aziz Jaafar.

MasyaAllah, tersentuh hati melihat kehebatan mereka serta kebesaram Allah Subhanahu Wataala.








Friday, October 8, 2010

Raya di Surau Taman Saraya



Surau Taman Saraya telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri pada 08 Oktober 2010. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib diikuti dengan Marhaban oleh Kumpulan Wanita Taman Saraya.

Seperti kebiasaannya, kanak-kanaklah yang paling gembira terutama bila mendapat duit raya. Pemberian duit raya disempurnakan oleh Penaung Surau, Datuk Mohamad Abdullah Mohaidin.

Acara kemuncak ialah menikmati juadah hari raya. Penduduk Taman Saraya telah bekerja-sama memasak dan menyumbangkan makanan untuk majlis malam itu.

Terima kasih di atas kerjasama anda sekelian.

Saturday, October 2, 2010

Bila Muslim Menjauhi Masjid & Ada Non Muslim Masuk Masjid

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

ما كان للمشركين أن يعمروا مساجد الله شاهدين على أنفسكم بالكفر أو لئك حبطت أعمالهم وفى النار هم خالدين أنما يعمرمساجد الله من ءامن بالله واليوم الأخر وأقام الصلوة وءاتىى الزكوة ولم يخش ألا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين : التوبه :17-18


Bukan layaknya bagi orang musyrikin untuk mengimarahkan masjid-masjid Allah, sedangkan mereka sendiri mengakui yang mereka kufur, mereka itu golongan yang sia-sia amalan (baik) mereka, di dalam neraka mereka akan kekal. Sesungguhnya golongan yang mengimarahkan masjid-masjid Allah adalah mereka yang beriman dengan Allah, dengan Hari Akhirat, mendirikan sembahyang, memberi zakat, mereka tidak sekali-kali takut kecuali kepada Allah, semoga mereka termasuk dalam golongan yang memperolihi pertunjuk