Wednesday, September 15, 2010

Takziah Kepada Keluarga Norhisham Mohammad

Seluruh ahli kariah Islam Taman Saraya mengucapkan Takziah kepada keluarga Norhisham Mohammad, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru yang dilaporkan "hilang" bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan dua orang lagi.

Norhisham adalah ahli kariah Taman Saraya yang tinggal di Jalan Bunga Dahlia. Ucapan takziah khas ditujukan kepada Isteri beliau, Puan Suzana Raden dan bapa mertua beliau, Radin Pangat Ishak dan anak-anak beliau. Semoga Allah memberikan mereka kekuatan dan ketabahan menghadapi sebarang kemungkinan.

Ahli-Ahli kariah Surau Taman Saraya dan Masjid Nurussadah Kg. Cheras Baru turut bersama-sama ahli-ahli keluarga beliau mengadakan bacaan Yasin dan tahlil di rumah beliau selama 3 hari mulai 12 September 2010.

Sunday, September 5, 2010

Majlis Khatam Al-Quran Surau Taman Saraya

Surau Taman Saraya telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada malam 27 Ramadan 1431H, bersamaan 5 September 2010. Majlis ini adalah bagi meraikan peserta-peserta Tadarus Al-Quran yang bersemangat membaca Al-Quran pada setiap malam di Surau Taman Saraya.

Penyertaan Tadarus Al-Quran pada bulan Ramadan ini amat menggalakkan. Seramai 15 peserta wanita, 16 peserta veteran dan 6 peserta pemuda mengambil bahagian.

Pihak Surau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program-program Ramadan pada tahun ini. Ucapan terima kasih khas kepada Ustaz Ahmadi Al-Hafiz dan Ustaz Azam Al-Hafiz dan Ustaz Kasfi yang mengimamkan Solat Tarawih. Terima kasih juga kepada semua barisan AJK yang bertugas dengan baik.








Thursday, September 2, 2010

Majlis Berbuka Puasa di Surau Taman Saraya












Surau Taman Saraya telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 29 Ogos 2010. Kehadiran ahli-ahli kariah untuk bersama-sama berbuka puasa sangat membanggakan. Surau Taman Saraya mengucapkan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang bermurah hati menjadi penaja kepada majlis berbuka puasa tersebut.