Friday, July 22, 2011

SUMBANGAN DERMA BULAN RAMADAN

SURAU TAMAN SARAYA
Jalan Bunga Tanjung 21, Taman Saraya, Ampang, 56100 Kuala Lumpur


25 Julai 2011

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Para Muslimin dan Muslimat yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa Surau Taman Saraya sepanjang Bulan Puasa Tahun1432H ini akan menganjurkan beberapa program seperti di tahun-tahun lepas juga :

2. Di antara program yang disusun-atur adalah seperti berikut:-

2.1 Majlis Berbuka Puasa (Tarikh akan dimaklumkan kemudian)
2.2 Solat Terawikh berjemaah diimamkan oleh Al-Hafiz Azimuddin Shah
2.3 Sajian Moreh selepas solat Terawikh
2.4 Tadarus Al-Quran selepas Solat Terawikh
2.5 Qiamulail (Tarikh akan dimaklumkan kemudian)

3. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak Surau membuka peluang kepada Muslimin dan Muslimat untuk menghulurkan sumbangan samada di dalam bentuk wang tunai atau lain-lain seperti kuih-muih, moreh, gula, beras, susu dan sebagainya.

4. Semua sumbangan bolehlah diserahkan kepada Pengerusi / Bendahari / Setiausaha Surau atau dimasukkan terus ke dalam akaun surau di bank CIMB atas nama SURAU TAMAN SARAYA, No. Akaun 1228-0002064-05-3.

5. Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan akan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T.

Sekian, Terima kasih.

Yang Benar,

Abdullah bin Sulaiman (H/P 019-3288457)
Setiausaha
Surau Taman saraya




BORANG DERMA PUASA & TAHLIL ARWAH 1432H (2011M)


Kepada : Bendahari
Surau Taman Saraya
Jalan Bunga Tanjung 21, Taman Saraya, 56100 Ampang.

Tuan,

DERMA PUASA & TAHLIL ARWAH UNTUK AHLI KELUARGA SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H

Saya ………………………………………………………beralamat .……………………………………………………………………………………………………………………………

No. Tel. ………………………………


  • Saya ingin menyumbang untuk majlis berbuka puasa di Surau pada …………… (Nyatakan tarikh)
  • Saya ingin menyumbang untuk moreh pada …………………………..(Nyatakan tarikh)
  • Saya ingin menyumbang untuk Tabung Aktiviti-Aktiviti Surau
  • Saya ingin menyumbang untuk Tahlil selepas Tarawih bagi ahli keluarga saya sepert berikut pada …………………………………. (Nyatakan Tarikh)
Nama Arwah

1.
2.
3.
4.
5.
6.


Bersama-sama ini saya sertakan wang/cek sebanyak RM…………...... …. sebagai sumbangan ikhlas saya.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,


…………………………..


Sumbngan melalui cek hendaklah di atas nama SURAU TAMAN SARAYA Akaun No. 1228-0002065-05-3 (CIMB)

E.MAIL : jamilah95@gmail.com

Thursday, July 21, 2011

Gotong Royong Bersih Surau Taman Saraya

Semua muslimin dan muslimat dijemput bergotong-royong membersihkan Surau Taman Saraya bagi menyambut Bulan Ramadan pada:

Tarikh : 30 JULAI 2011 (Sabtu)

Masa : 9.00 Pagi

Sila bawa peralatan yang bersesuaian untuk kerja-kerja gotong royong tersebut

Makanan dan minuman ringan akan disediakan

Saturday, January 15, 2011

Bacaan selain Azan di pembesar suara patut dihentikan

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 November 2010. Surau Taman Saraya telah mengatur beberapa program pengisian Hari Raya Aidiladha bermula dengan takbir hari raya pada malam menjelang hari raya.

Solat Hari Raya Aidiladha telah diadakan pada jam 8.30 pagi, diikuti dengan ibadah qurban 4 ekor lembu. Daging lembu qurban telah diagihkan kepada fakir-miskin dan penduduk Islam Taman Saraya.

Majlis berakhir dengan solat Zohor dan makan tengahari di Surau.

Pihak AJK Surau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program Hari Raya Qurban.

KOLEKSI RAKAMAN VIDEO QURBAN BOLEH DIPEROLEHI DARI HJ ABU BAKAR ISMAIL (H/P 019-6478180) DENGAN HARGA RM5.OO SATU.


Khutbah Raya Disampaikan oleh Imam Hj Abd Rahman Palalai


Bermesra selepas Menunaikan Solat Aidiladha


Tangan dihulur, lupakan sengketa lama


Pendaftaran Majlis Qurban


Hj. Yahya Aripin - Ketua Operasi Qurban


Kerja Merebahkan Lembu


























Saturday, November 6, 2010

Tulisan Zulkifli Nordin Patut Direnungi

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..

Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian? Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini.

Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!

Thursday, November 4, 2010

PROGRAM HARI RAYA QURBAN

SURAU TAMAN SARAYA
Jalan Bunga Tanjung 21, Taman Saraya, Ampang, 56100 Kuala Lumpur


MAKLUMAN KEPADA AHLI KARIAH - PROGRAM HARI RAYA AIDILADHA 17 NOVEMBER 2010

Assalamulaikum w.b.t.

Sempena Hari Raya Aidiladha, Surau Taman Saraya ingin memaklumkan bahawa :-

1. Ibadah Qurban

1.1 Surau Taman Saraya masih menerima permohonan untuk menyertai Ibadah Qurban dari orang ramai. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 380.00 bagi satu bahagian. Sila berhubung dengan :-

Pengerusi (H/P 012-3728322), atau
Bendahari (H/P 019-2785047), atau
Setiausaha (H/P 019-3288457)
untuk mendaftar. Penerimaan permohonan tertakluk kepada cukup genap 7 bahagian qurban.

1.2 Kerja-kerja penyembelihan, melapah dan membahagikan daging qurban akan bermula pada jam 10.00 pagi, selepas solat Aidiladha. Tuan/Puan dijemput hadir membantu kerja-kerja tersebut dengan membawa peralatan yang bersesuaian seperti pisau, parang dan kapak.

1.3 Pengagihan daging qurban akan dibuat menggunakan kupon yang akan diberikan kepada ketua keluarga yang hadir.

2. Takbir Malam Raya

2.1 Takbir Raya akan diadakan pada malam raya di Surau selepas solat Maghrib. Semua ahli kariah dijemput hadir. Sumbangan makanan dan kuih-muih untuk jamuan selepas Takbir Malam Raya dari tuan/puan sangat dialu-alukan.

3. Solat Raya Qurban

3.1 Solat Raya akan diadakan di Surau pada jam 8.30 pagi. Semua muslimin/muslimat dijemput hadir.

Sekian, Terima kasih.



AJK Surau melawat Ladang Lembu Di Jalan Kebun, Kelang pada 5 November 2010 untuk memilih lembu yang akan dibeli





Di antara lembu yang ditempah