
Malam jumaat lepas, J/K Surau Taman Saraya baru sahaja selesai menganjurkan program menperingati Isra' dan mikraj, alhamdulillah sambutan yang sangat menggalakkan lebih kurang hampir seratus orang yang hadir untuk majlis tersebut. Ceramah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ust. Ahmad Kashfi (seorang guru yang mengajar di Sek. Men. Pandan Mewah) sangat berinformasi kepada hadirin dengan memberikan beberapa pengajaran daripada peristiwa Isra' dan Mikraj untuk sama-sama meningkatkan iman dan menambah amalan menuju keredhaan Allah. "Surau adalah jantung taman, terabainya surau bermakna taman tersebut kurang diberkati" begitulah maksud kata-katanya dalam ceramah beliau pada malam tersebut. Kata-kata yang sangat ringkas tetapi memberi maksud yang sangat dalam bagi mereka yang memahami.
Dalam ceramah tersebut juga Ust. Kashfi menghuraikan serba sedikit mengenai pengalaman perjalanan yang ditempoh olah Nabi s.a.w antaranya, Nabi melihat sekumpulan manusia yang memakan daging

Namun apa yang leb

Selepas majlis tersebut, jawatankuasa surau mengadakan sedikit jamuan nasi beriani disediakan untuk semua hadirin yang ditaja oleh individu yang bermurah hati (moga Allah memberkati rezekinya). Semangat ukhuwwah juga dapat dilihat pada malam tersebut yang dihadiri oleh jemaah lelaki dan perempuan termasuk remaja-ramaja dengan makan bersama-sama sambil bertanya khabar.
Sebenarnya tidak rugi kalau kita menghadiri majlis ilmu, kerana Alla

Ucapan terima kasih kepada pengerusi surau dan s/u surau yang begitu banyak berkorban masa dan tenaga untuk mentadbir surau agar lebih terurus dan bermanfaat serta semua ajk yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut. semoga Allah Taala membalas dengan ganjaran di akhirat InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment