Tuesday, August 4, 2009

Berhati-hati bila membuat keputusan

Sebagai ketua organisasi yang berhak membuat keputusan dalam apa jua keadaan walaupun dalam mesyuarat hendaklah berhati-hati dan bijak membuat keputusan. Membuat keputusan yang tepat dan seimbang bagi kedua-dua pihak dapat menyelamatkan keadaan daripada terjarak dek ketidakpuasan hati.

Keputusan yang betul tanpa kepentingan peribadi dan keinginan diri sendiri boleh menarik minat lebih ramai ahli kerana masyarakat kadang-kadang menilai bukan pada diri ketua tersebut tetapi tahap keberkesanan pengurusan yang lebih menjadi perhatian mereka. Sebahagian mereka ada yang menghadirkan diri atas sebab keseronokkan yang ada pada organisasi tersebut lalu mereka melibatkan diri bersama dan ada juga yang melihat pada pengisian dalamannya bermanfaat atau sebaliknya.

Sebaiknya, sebelum membuat keputusan perlulah membuat penilaian dan pemerhatian yang sewajarnya kerana tersilap membuat keputusan kemungkinan akan kehilangan empat atau lima ahli dalam organisasi tersebut. Kerana tidak semua ahli dalam suatu organisasi itu bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas, jadi untuk mereka yang benar-benar ingin menjalankan tugas percuma ini perlulah diberikan perhatian dan menimbang pendapat dan cadangan mereka dengan adil tanpa menilai status yang dimiliki. Terus terang di sini, lebih baik menerima cadangan mereka yang berminat untuk menjalankan tugas daripada mengambil pendapat mereka yang berminat untuk memegang jawatan tetapi tidak berminat untuk memikulnya.

Akhir sekali, selagi kita tidak mampu muhasabah diri sendiri mana mungkin untuk memuhasabah orang lain. Bermulalah dengan diri sendiri insyaAllah akan dibuka mata hati mereka melihat perkara-perkara baik yang ada pada kita kita. Jangan biarkan mereka lari kerana selangkah mereka berganjak hanya merugikan kita semua semua walaupun mereka itu hanya sekadar manusia biasa yang tidak memiliki keistimewaan yang tinggi. Apa yang penting, kepada diri kita, apakah mereka semua dapat menerima kita dengan baik? Renung-renungkanlah..........

No comments:

Post a Comment