Sunday, August 16, 2009

Gotong-Royong Sambut Ramadhan Al-Mubarak

Hari ini 16 Ogos 2009 (ahad) aktiviti bergotong-royong diadakan untuk membersihkan kawasan surau bagi menyambut kedatangan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dengan sokongan daripada ajk surau dan kariah setempat maka gotong-royong membersihkan kawasan surau berjalan dengan lancar dan meriah sekali


Jurugambar mesti yang pertama.. he he

Ini dia pengerusi surau En. Ahmad bin Isa


Pak ya pun boleh tahan, bersemangat betul dia. Harap-harap tak sakit pinggang lepas ni



berusaha untuk tumbangkan pokok lemuni


S/U kita ni betul-betul gergagi pokok ke atau acah-acah jer...



Hati-hati abang Zali nanti jatuh.. Abang zali sedang menggondolkan pokok ceri


Inilah hasilnya setelah beberapa ketika di atas pokok ceri


Bilik yang lama tidak digunakan akan menjadi ruangan makan untuk bulan puasa ini



Selepas berpenat lelah, kerja pun dah selesai, sambil menjamah sedikit roti canai dan teh tarik sempat lagi berbincang untuk membuat penambahbaikan dalam pengurusan dan pentadbiran surau. Aktiviti bertambah meriah dengan kehadiran En. Syarif yang turut serta pada hari ni.


Mudah-mudahan Allah Taala membalas segala sumbangan dan jasa baik yang diberikan pada semua yang menghadirkan diri pada hari ini. Dan ini juga merupakan salah satu jariah sedekah selain daripada harta sebagai mana yang dinyatakan dalam hadis Nabi s.a.w.

1 comment: