Tuesday, August 18, 2009

Kelebihan Bersedekah

Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menfkahkan hartanya di jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah: ayat 261)
Dalam ayat lain yang bermaksud:
"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.
(Surah al-Baqarah : ayat 265)
Betapa besarnya ganjaran yang disediakan oleh Allah Taala kepada mereka yang membelanjakan harta mereka ke jalan Allah (bersedekah) sehingga Allah Taala menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda tanpa kita sangkakan. Ini juga merupakan salah satu jariah yang besar sebagaimana mafhum ayat di atas yang membuat perumpamaan seperti sebuah kebun yang subur yang sentiasa disirami oleh Allah Taala dengan kehendakNya.
Perlu diketahui bahawa ganjaran yang diberikan oleh Allah Taala berbagai bentuk dan rupa, adakalanya berupa kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan sebagainya yang tidak dapat kita fikirkan. Tetapi yakinlah bahawa setiap apa yang kita keluarkan pasti akan diganjari oleh Allah Taala Yang Maha Pemurah.
Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Jawatankuasa Surau Taman Saraya mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan puan. Semoga Allah Taala membalas segala jasa baik yang diberikan. Insya Allah....

No comments:

Post a Comment