Sunday, August 16, 2009

Program Nisfu Syaaban

Beberapa minggu yang lepas, sekali lagi jawatankuasa surau menganjurkan program nisfu syaaban sebagai satu wacana ilmiah untuk dihidangkan kepada para kariah kearah meningkatkan lagi pengetahuan agama terutamanya yang berkaitan dengan malam Nisfu Syaaban. Atas nama perubahan, jawatankuasa surau memilih untuk membuat ceramah agama yang memberikan penekanan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan malam nisfu syaaban. Justeru, dengan kata sepakat jawatankuasa, al-Fadhil Ust. Suhaizu bin Sulaiman telah dijemput untuk memberikan ceramah pada malam tersebut.

al-Fadhil Ust. Suhaizu bin Sulaiman merupakan graduan al-Azhar, Mesir yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang Sirah Nabawiyyah

Para jemaah khusyuk mendengar ceramah
(Pak Samad tersenyum memandang jurugambar)

Antara gaya hadirin sedang mendengar ceramah


Nasi beriani sedia terhidang untuk jemaah surau


Akhir sekali, apa saja yang kita lakukan ikhlaskanlah diri kepada Allah Taala. Beramallah dengan nas yang jelas daripada beramal tanpa nas yang sahih kerana tiada gunanya kalau kita buat amal sebegitu banyak sedangkan belum tentu diterima atau ditolak oleh Allah s.w.t.....



No comments:

Post a Comment